Monday, 11 June 2018

TERLALU KURUS? MAKANAN INI MEMUDAHKAN BERAT BADAN ANDA NAIK

Kalori merupakan satu unit yang mengukur tenaga. Kalori kebiasaannya digunakan untuk mengukur kandungan tenaga dalam makanan dan minuman. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu makan makanan yang sedikit kandungan kalorinya setiap hari. Golongan wanita memerlukan 2000 kalori sehari untuk kekalkan berat badan dan 1500 kalori untuk menurunkan satu paun setiap minggu. Manakala, golongan lelaki pula secara puratanya memerlukan 2500 kalori untuk kekalkan berat badan dan 2000 untuk mengurangkan sebanyak 1 paun setiap minggu.

TAPI, bagaimana pengambilan makanan bagi yang ingin naikkan berat badan?


Bagi mereka yang berbadan kurus atau berat badan tidak normal memerlukan lebih pengambilan kalori daripada kebiasaan ataupun yang disarankan dalam sehari. Bukan bermaknan makan banyak supaya dapat kalori yang cukup tetapi makan sedikit-sedikit tetapi kalori yang tinggi.

Hah! Sini saya nak kongsikan jenis-jenis makanan yang tinggi kalorinya dan anda boleh amalkan/ambil secara berlebih daripada biasa bagi memudahkan berat badan anda senang naik sebab orang kurus ni selalunya metabolismanya tinggi dan cepat kalorinya terbakar. Lagi-lagi makan makanan yang tiada kalori langsung. Mesti mengambil makanan yang tinggi kalori tetapi SIHAT!

1. KEKACANG (Protien)

Kacang badam, walnut, kacang cerdik (pistacio), kacang gajus dan sebagainya. Kekacang ni lebih kepada protien. Cuba ambil 1.5 gram atau lebih protein berbanding individu biasa. Contoh berat anda 45 kg, jadi 67 g protein anda perlukan setiap hari untuk menambah berat badan.
..
..

2. PRODUK TENUSU

Susu segar, yogurt, keju dan sebagainya. Minuman ini berkalori tinggi dan tinggi kalsium. Dua gelas sehari sudah cukup untuk meningkatkan berat badan anda. Kalau kurang suka minum, anda boleh tambahkan bijiran.
..
..

3. BIJIRAN

Roti whole grain, biskut bijirin, oat, beras perang dan sebagainya. Makanan ini selalu kita lihat yang ingin turunkan berat badan makan tetapi gagal menurunkan berat badan sebab makanan ini tinggi kalori yang sesuai diambil oleh orang yang berat badannya kurang.
..
..

4.TELUR (Protien)

Telur. Makanan ini boleh ditambah dalam makanan harian anda sebagai ekstra kalori. Sebab ia ada mengandungi protien yang tinggi yang baik untuk tubuh serta mengandungi vitamin A dan B12 untuk kesihatan mata supaya tidak mudah letih.
..
..

5. MINYAK DAN LEMAK

Minyak zaitun, minyak ikan omega-3 dan minyak avocado atau buah avocado. Ini juga boleh ditambah dalam ekstra kalori anda sebab ia juga berkalori tinggi tetapi tetap sehat. Sehari sekali boleh menambah berat badan anda menjadi lebih ideal.
..
..

6. MAKANAN TAMBAHAN/SUPLIMEN

Vitamin B Complex dan Omega Guard (Minyak Ikan Tulen) mampu membantu mencerna nutrisi yang diambil dengan baik dengan menambah selera makan dan membekalkan zat makanan tambahan.
..
..
SEMOGA BERMANFAAT!

...
...
...

Luv,
@SumandakKecik

INI PUNCA MAKAN BANYAK TAPI SUSAH NAIK BERAT BADAN?

SELAMAT PAGI, hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya supaya orang lain juga mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Saya rendah (alaa, oklah kan standard perempuan) dan bersaiz badan agak kecil. Orang kata, macam saiz budak-budak. Haha!

Agak down juga bila ramai yang menegur bahawa mereka nampak saya berat badan yang kurang sesuai bila kita di umur yang semakin meningkat dewasa ini. Terlalu kurus! Orang kata, kalau sudah kahwin susah dapat anak. Aduhh! serammmm!

Tapi abaikan itu, tidak semua bernasib baik. Ok! kita terus kepada topik kita yang sebenar. Bila cakap pasal berat badan susah naik walaupun sudah makan banyak ni adalah penting untuk kita tahu supaya makan banyak itu tidak semestinya betul-betul dapat naikkan berat badan.

"Alaaa... kurusnya engkau. Tidak makan ?"
"Terlampau dietlah tu. Tulah kurus!"


Selalu asyik bercerita pasal topik macam mana mahu kurangkan berat badan. Jadi, kita cerita pula pasa macam mana mahu naikkan berat badan. Tidak aci lah laku asyik kurangkan berat badan saja kan?

Biasanya orang yang kurang berat badan ni akan fikir metabolisma badan mereka tinggi dan tu sebab susah naik berat badan walaupun sudah makan macam naga! Saya setuju dengan pernyataan tersebut sebab ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma tinggi. Makan sedikit tapi kalori terbakar banyak!

Akan tetapi ada faktor lain mengapa kamu susah naikkan berat badan. Metabolisma tinggi bukan alasan sebenar susah naikkan berat badan. Mesti ada tabiat makan yang kamu amalkan punca berat badan susah naik. Saya senarai punca-punca secara umumnya...

1. SUKA SKIP MAKAN

Percaya atau tidak, inilah punca utamanya. Mereka malas fikir mahu makan apa, mahu makan di mana. Mengunyah pun kalau boleh malas. Haha! Bila malas makan, mulalah skip makan, terutamanya sarapan pagi. Alasannya, tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila waktu kerja pula, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan. Kalau makan kurang maka kalori sehari kurang memang susah naik berat badan.Ini boleh mengundang bahaya seperti sakit gastrik.

So, jangan cuba skip makan. Sibuk mana pun, kena ada standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Tanam rasa cinta pada makanan sedap-sedap dan makan sarapan, tengah hari serta malam setiap hari. Janji jangan skip atau malas makan. Jangan minum air kosong saja sebab tiada kalori. Cuba minum susu atau overnight oat campur susu.

2. MAKAN SEDIKIT

Kata sudah makan tapi bila makan tidak banyak pun. Sudah ambil sarapan katanya tapi sarapannya kopi 3 in 1 sahaj dengan makanan ringan seperti kerepek, aiskrim dan roti krim. Berapa kalori tu? paling-paling pun 20-50 kalori sahaja dan sekejap sahaja sudah terbakar sebab semua gula. Tidak kuasa tengok makan nasi lauk. Memanglah susah naik berat badan. Ada yang tunggu betul-betul lapar dulu baru makan banyak-banyak. Mereka tidak tau yang makan banyak ni tapi berat tak naik-naik sebab mereka sanggup berlapar! Bila makan dekat luar dan order banyak tapi tidak dapat habis sebab cepat kenyang. Perut kita ni kenyal macam getah. Perut kita hanya sebesar 50-200ml sahaja tapi bila makan perut kita boleh mengembang sehingga 2-4 liter untuk muatkan maknan. Bagi mereka sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tidak penuh, selagi itu tak kenyang. Berlainan pula dengan orang kurus, perut mereka tidak biasa makan banyak dan susah mengembang sebab itu jarang perut mereka penuh dengan makanan.

Apa nak buat? Cuba makan sedikit-sedikit tapi kerap. Pecahkan jadi 6 kali sehari tapi makan pada waktunya dan jangan pernah skip. Nak naik berat badan kan? Makan sayur yang sudah di masak. Ulam/salad kurang sesuai sebab cepat penuh dan kenyang. Jangan makan masin atau pedas sebab nanti banyak minum air penyebab cepat kenyang. Nasi pun tidak habis! Kurangkan makan makanan sup sebab minum sup ini punca rasa kenyang cepat dan kalori pun tidak banyak. Makan makanan tinggi kalori tapi jumlah sedikit dan tambah ekstra kalori dalam masakan. Paling penting, sediakan snek di tempat kerja supaya lapar saja kunyah terus.

3. MAKAN TERLALU PERLAHAN

Makan perlahan ni pun punca susah naik berat badan sebab cepat kenyang. Terlalu fokus pada makanan yang mahu di makan penyebab selera makan hilang. Bukanlah nak suruh kamu makan laju sampai tersedak tapi cuba jangan makan terlalu perlahan. Makan macam biasa dan jangan terlalu tengok sangat makanan tu. Pasti! Kamu berjaya habiskan makanan!

Atau kamu makan bersama kawan-kawan. Kan... makan beramai-ramai tu kan best! Sedar tidak sedar kamu berjaya habiskan makanan. Makan sambil tengok drama/movie pun boleh membantu kamu habiskan makanan tanpa sedar.

4. TERLALU BANYAK MINUM AIR KOSONG

Air ni penting untuk kesihatan tapi air tiada kalori. Kalau terlalu banyak minum air kosong penyebab rasa kenyang sepanjang hari. Jadi kena elakkan. Minum bila selepas habis makan dan cuba minum air yang berkalori seperti jus buah (tiada gula), skimmed milk atau air kosong di tabur dengan chia seed.

5. KURANG ZAT DALAM BADAN

Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Makan suplimen vitamin B Complex ni boleh jadi kuat makan. Salah sebenarnya, bukan kuat makan tapi dia kurang zat iaitu bila kurang makan, badan kita akan kekurangan zat. Jadi, bila makan suplimen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar! Jadi itu adalah normal.

Bagi yang ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplimen vitamin B Complex atau kapsul minyak ikan (Omega Guard) dapat menaikkan selera. Mungkin lain orang lain hasilnya tapi apa salahnya mencuba. Saya sendiri sudah mencubanya. Syukur, naik 2 kilo. Misi masih lagi diteruskan  sampai capai target. Yang penting JANGAN MALAS MAKAN.


..
..
..
Sekiranya, anda ingin mengambil suplimen, pastikan dapat nasihat doktor/nutrisi sebelum mengambilnya dan sekiranya anda ingin mendapatkan suplimen shaklee (B Complex/Omega Guard) anda boleh menekan butang "ORDER NOW" atau hubungi nombor yang tertera :
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a3a3e4e9d12e96b38564ff2bd6a91a94

Untuk info lanjut sila hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
✉ email: jacqueline_jaumin@yahoo.com
IG : sumandak.kecik

ID : 1225800

Luv,
@sumandak.kecik

Friday, 6 April 2018

JANA INCOME LEBIH RM500 SEBULAN!

Saya JacQueline atau lebih di gelar SUMANDAK KECIK mentor bisnes shaklee anda. Bagi yang langsung tidak tahu mana mahu mula. Saya boleh ajar dari ZERO pengalaman.


Asal niat tu ADA dan INGIN MENCUBA! Saya lebih suka pada orang yang sukakan cabaran dan pembelajaran berterusan serta hati besi bila terima rejaction.

Tidak apa kalau anda datang pada saya dengan tangan KOSONG. Saya cuba untuk jadikan anda mentee saya sebaiknya sampai anda jadi HERO 💪

Kenapa perlu PILIH SAYA SEBAGAI MENTIR ANDA ? Ini saya offer khidmat tip top sesiapa yang bermentorkan saya :

1. Percuma coaching/education 24/7

Kalau memang niat mahu bisnes saya boleh tolong sampai dapat. Sanggup replay bertanyaan walapun sibuk. Tidak pandai jemu ni 

2. Reward/Token

Ini bukanlah menunjukkan banyak money mahu bagi reward ribu raban. Cukuplah small reward/token hargai setiap peningkatan usaha kalian. Tidak semua orang beruntung dapat benda percuma.

3. Superaktif!

Banyak mentor di luar sana boleh anda pilih untuk dijadikan mentor bisnes anda tapi tidak semua aktif dan perlukan sokongan dari mentor pun susah. Melainkan anda give up sendiri. Saya aktif bisnes sejak 2016 dan memang berpengalaman duka lara sepanjang bisnes.

Mungkin setakat ini sahaja khidmat untuk mentee baharu saya. Nak lebih? Mari kita berkenalan dahulu 😊

Rank Supervisor ~ Tiap bulan income 4 angka! Terima kasih Shaklee penghargaannya.

Saya inginkan anda menjadi mentee saya tidak kira anda siapa dan apa jawatan anda atau apa status anda sekarang asalkan 18 tahun ke atas. Kita buat bisnes tanpa modal!

❤Tidak perlu menyimpan stok
❤Tidak perlu packing
❤Tidak perlu buat penghantaran
❤Masa fleksible
❤100% Secara Online
❤Untung Retail 20%
❤Untung Cash Bonus 5%-21%
❤Sistem Tempahan Online

Extra benefit :
😎 Free coaching class
😎 Free marketing class
😎 Free Group support 

Mahu join Team #ZeHeClan kami?
Daftar ejen hanya RM68.90 sahaja

Salah satu produk Shaklee laris dan melatop. Semua orang nak! YOUTH skincare. 

Whatsapp 0143719339 atau 

#DuitExtraRatusRibu

***Tepuk dada tanya selera!***

Luv,
@SumandakKecik

Wednesday, 4 April 2018

PETUA MERAWAT KULIT KUSAM DAN KERING

Kulit yang kelihatan cantik memang menjadi idaman semua orang, terutamanya para wanita. 

Mestilah mahu nampak cantik dan tidak kusam di hadapan pasangan kita kan? Ada yang rasa rendah diri apabila kulit muka terlalu kering sampai nampak seperti menggelupas, kusam atau berjerawat.

Jangan biarkan masalah kulit ni berterusan. Jika tidak dijaga dari dalam dan dari luar, memang akan jadi lebih teruk.

Sentiasa Memakai Pelindung UV


Saya menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam pejabat.

Untuk dapatkan perlindungan UV yang sesuai dengan cuaca di Malaysia ada penting. Sekurang-kurangnya SPF50

Jaga Pemakanan


Kena kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Lebihkan makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering. Sebab ia banyak mengandungi vitamin.

Pakai Pelembab Muka Sebelum Tidur


Waktu malamlah kulit kita rehat dan mahu bernafas dengan lebih baik. Pakailah pelembab muka sebelum tidur supaya lembab dan tidak kusam.

Disarakan memakai pelempab yang botanicals dan ada vitamin yang mampu sokong pembaharuan sel kulit dan mampu hasilkan kolagen untuk kulit kamu semasa tidur.

Minum Air Yang Cukup


Sentiasalah minum air yang mencukupi. Di antara panduan minum air yang popular dan berkesan ialah setiap 25 kg berat badan, perlu mengambil 1 liter air. Jika berat badan anda 50 kg, anda harus minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Ambil Suplimen


Jadikan rutin harian untuk mengambil suplimen untuk kulit. Jika kita tengok mereka yang berkulit cantik mesti rahsia mereka adalah mengamalkan suplimen atau makanan tambahan untuk mengekalkan kecantikan wajah mereka.

Antara suplimen penting untuk menghilangkan kulit kering dan kusam ialah seperti Kolagen, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.




.


.


.


So, sini bukan sahaja kita perlu jaga kesihatan kulit daripada kusam dan kering dari luaran sahaja tapi juga dari dalaman.






Semoga bermanfaat!

Luv,
@SumandakKecik

Monday, 2 April 2018

PETUA HILANGKAN KULIT KUSAM

Kita pasti akan tua, keadaan kulit pun akan mengalami perubahan dan menjadi rosak secara perlahan. Keadaan awet muda pun akan sulit untuk dipertahankan. Tidak semua wanita memang memiliki keberuntungan akan kulit yang selalu nampak muda dan berseri. 


Walau bagaimanapun, kulit yang menjadi kusam tidak hanya disebabkan oleh usia tua, penyebab kulit tampak tua di usia muda juga boleh disebabkan oleh gaya hidup dan apa saja yang kita santapan kamu sehari – hari.

Bagi menghasilkan wajah yang cerah serta awet muda, hanya boleh kita dapat apabila keadaan dalaman dan luaran tubuh cukup gizi serta nutrisinya. Berikut ini adalah beberapa bahan alami yang dapat digunakan untuk menghilangkan wajah kusam, iaitu:

LEMON


Lemon kaya dengan vitamin C alami sebagai anti oksidan yang mencegah penuaan, sebab itu ada banyak manfaat lemon untuk kulit diantaranya sebagai cara mengatasi kulit kusam secara alami. Cara menggunakan lemon untuk mengatasi masalah kulit wajah yang kusam iaitu:

❤Minum segelas air putih dengan lemon setiap hari pada pagi hari sebelum sarapan.
❤Gunakan air perahan lemon untuk mencuci muka agar mendapatkan manfaat anti radang dari lemon bagi kulit.
❤Kulit lemon dapat diguna untuk digosokkan ke wajah dan leher untuk menghilangkan bintik hitam di kulit.

Gunakan hanya beberapa kali dalam seminggu dan jangan terlalu kerap.

LIDAH BUAYA


Manfaat lidah buaya sangat sesuai bagi merawat kulit iaitu sebagai anti oksidan, anti bakteri, anti radang dan anti penuaan. Jika Anda mempunyai kulit yang kusam karena keadaan kulit yang berminyak, maka mask lidah buaya boleh menjadi jalan penyelesaian yang baik.

❤Rendam segenggam daun lidah buaya tanpa durinya dalam air panas selama 10 minit.
❤Kemudian hancurkan hingga menjadi lembut.
❤Tambahkan dua sudu makan madu.
❤Sapu ke wajah dan bilas setelah kering.

Lakukan seminggu sekali.

YOGURT


Yogurt adalah bahan yang essential untuk digunakan pada cara perawatan kulit ala india. Yogurt berkhasiat dan juga dapat membersihkan kulit sehingga lembut dan halus. Cara membuat mask yogurt iaitu:

❤Campur satu sud makan yogurt dan beberapa titis madu dengan setengah buah pisang.
❤Sapu pada wajah dan bilas setelah 15 minit dengan air biasa.

Masker ini dapat digunakan pada kulit yang kusam kerana terbakar matahari.

Untuk mendapatkan kulit kulit yang berseri alami dari dalam tubuh, perlu ada beberapa yang dilakukan dalam gaya hidup yang kamu jalani seperti berikut ini:

AIR

Air tidak cukup dalam badan maka kulit akan nampak kusam. Sementara badan yang cukup air maka kulit pun nampak berkilau dan segar.

MAKANAN

Diet atau susunan menu makan yang benar akan memberi kulit kamu dalam keadaan yang bagus. Perbanyakkan mengambil buah segar yang kaya akan serat dan antioksidan, termasuk vitamin A dan C. Baiknya adalah supaya racun dalam tubuh akan musnah, radikal bebas akan dibuang, dan kerosakan sel serta jaringan dalam tubuh akan diperbaiki.

SET PENJAGAAN KULIT

Mestilah lengkap satu set dan mempunyai ciri - ciri seperti ini :

1. Cleansing Gel Oil 3 in 1
2. Perfecting Skin Toner
3. Activating Serum
4. Advanced Renewal Night Cream
5. Radiance C + E 
6. Age Defense Moisturizer SPF50


✅ mempunyai 8 patent khas
✅ 100% vegan 💯
✅ kesan seawal 7 hari
✅ Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan
✅ BEBAS dari 1500 bahan kimia dan bahan merbahaya yang biasa terdapat dalam mana-mana skincare
✅ Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang SENSITIF
✅ HYPOALLERGENIC
✅ NON - COMEDOGENIC
✅ Dermatologically Tested
✅ Opthalmologist tested (membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata)

Kesimpulannya, kulit kita kusam ini hasil daripada penjagaan luar dan dalam tubuh kita. Ini adalah antara testimoni daripada pengguna #YOUTH shaklee berdasarkan ciri-ciri yang ada pada set penjagaan muka di atas.



Semoga Bermanfaat!

Untuk info lanjut sila hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
✉ email: jacqueline_jaumin@yahoo.com
IG : sumandak.kecik
ID : 1225800

FREE CONSULTATION!

Untuk tempahan segera klik "order now"


Luv,
@SumandakKecik


Friday, 30 March 2018

7 JENIS MAKANAN ATASI MASALAH SELULIT

Malu sangat timbunan lemak pada kulit yang membentuk selulit menonjol di kalayak orang lain. Memilih pakaian untuk dipakai pun menjadi susah kerana perlu difikirkan baik-baik supaya tidak kelihatan dari luar. 
Tapi, adakah kamu tahu ada makanan yang dapat menyingkirkan selulit?
Sebenarnya masalah kulit/selulit itu di alami disebabkan oleh lemak, genetik, keadaan kadar insulin yang tidak stabil. Stres juga boleh menjadi salah satu faktor penyebab selulit.
..
..
Merujuk pada laman ini PUNCA SELULIT DAN CARA MENGATASINYA, ini adalah antara makanan atasi selulit berlaku.
..

SAYURAN DAUN HIJAU


Misalnya bayam dapat membantu menjaga kulit tetap anjal, melancarkan sistem peredaran darah, dan membantu proses detoksifikasi.

ASPARAGUS


Asparagus dapat meningkatkan peredaran darah dan meringankan tahap tekanan sehingga baik untuk penyimpanan lemak.

BAWANG MERAH DAN PUTIH


Mengamalkan bawang merah dan bawang putih secara teratur dapat memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan kulit.

TEH HIJAU


Meskipun bukan merupakan makanan, tetapi minum teh hijau secara teratur dapat membantu menyembuhkan selulit.

PISANG


Kandungan kalium dalam pisang dapat bekerja baik untuk mengelakkan selulit agar cepat menghilang.

LEMON


Untuk mengurangi munculnya selulit, penuhi bekalan vitamin C demi meningkatkan jumlah kolagen dalam tubuh. Lemon dapat memberikan vitamin C dan antioksidan.

IKAN


Omega-3 dan asam lemak di dalam ikan dapat membantu kulit agar tetap sihat dan kuat. Ikan juga dapat meningkatkan kesihatan jantung.
..
Secara keseluruhannya, selulit ini berlaku boleghdialami dalam kalangan wanita dan lelaki. Jadi, kita perlu jaga pemakanan kita dan gaya hidup sihat kita.
Semoga bermanfaat!
Luv,
@SumandakKecik

Wednesday, 28 March 2018

4 JENIS AMALAN PERLU DIELAKKAN YANG MENYEBABKAN SELULIT

Selulit bukan hanya datang pada wanita yang sudah melahirkan anak. Tetapi juga boleh datang dalam kalangan remaja. Banyak penyebab yang boleh terjadinya selulit. Salah satunya adalah disebabkan akibat masalah kegemukan atau obesiti. Selulit ini muncul pada bahagian anggota badan kita yang jarang melakukan pergerakan.
..
Berikut adalah amalan yang perlu dikurangi dalam diet harian anda, seperti:

KAFIEN


Banyak wanita yang bersarapan dengan minuman kopi. Minuman ini menang membuat tubuh lebih segar dan bermanfaat untuk kesihatan. Namun minum kopi tinggi kafein dapat mempengaruhi peredaran darah dan metabolisme. Jika anda ingin benar-benar melawan selulit, gantilah kopi dengan minuman lain, seperti teh herbal.
..

GULA


Badan kita hanya memerlukan 80 gram gula dalam sehari. Lebih dari itu, jumlah radikal bebas dalam tubuh wanita akan naik lebih dari setengah. Pengambilan gula berlebihan dalam pemakanan kita ini dapat membuat dinding arteri dan pembuluh darah kehilangan elastik dan membentuk selulit. Maka dengan itu, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda, terutama pada snek manis dan minuman manis.
..

ALKOHOL


Dalam alkohol terkandung zat berbahaya untuk tubuh sebab akan meningkatkan jumlah kalori tubuh dan juga menyebarkan racun di dalam tubuh. Alkohol juga boleh memusnahkan jaringan pada otak, menghapuskan vitamin C dalam tubuh, merosakkan sel kulit dan juga menghalang kalsium yang berguna untuk mengurangi lemak dalam tubuh. Hindari alkohol supaya anda tidak mengalami masalah kulit mengganggu iaitu selulit. 
..

MEROKOK


Salah satu kebiasaan buruk iaitu merokok tidak hanya kesan buruk pada paru-paru, namun ia akan memberikan kesan buruk untuk kulit. Bahaya merokok bagi kesihatan pastinya tidak usah dipersoalkan lagi karena tidak hanya paru-paru, kulit, rambut dan juga bahagian tubuh lain kita boleh mengancam kesihatan. Sel-sel pada kulit akan semakin lemah kerana kapilari tersumbat dan memusnahkan hubungan antara kelenjar sehingga menimbulkan selulit pada permukaan kulit.
..
..
..
 Semoga bermanfaat untuk semua orang yang inginkan kulit nampak lebih sihat dan menawan. Sekiranya anda ingin mengetahui punca lain serta cara mengatasi dan mengurangi masalah selulit, anda boleh merujuk dalam halaman ini Punca dan Cara Mengatasi Selulit. Untuk keterangkan lanjut boleh hubungi saya Sumandak Kecik @ Jacqueline di nombor yang tertera.
..
📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
ID : 1225800




Luv,
@SumandakKecik

Monday, 26 March 2018

PUNCA SELULIT DAN CARA MENGATASINYA

Alamak, selulit! Belum kahwin pun sudah ada selulit timbul! Erghh!


Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/paha.

Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan  struktur kolagen dan keanjalan pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen.

Bagaimana selulit boleh terjadi ?

Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.

Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam.

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit.

Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman 

Cara hilangkan selulit:

💟Kawal pemakanan ~ KURANGKAN pengambilan gula, garam dan berkaffien.
💟Lakukan senaman rutin di bahagian yg mempunyai selulit.
💟Minum air secukupnya.
:
:
Di Shaklee, kami mencadangkan vitamin-vitamin berikut untuk mereka yang menghadapi masalah selulit dan juga ingin menurunkan berat badan :


~ Langkah pertama - DETOX
Detox bermaksud proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Vitamin yang di cadangkan: ALFALFA atau HERBLAX

~Langkah kedua - PECAHKAN LEMAK 
Bertindak sebagai pengemulsi lemak. Vitamin yang di cadangkan: LECITHIN atau OMEGA GUARD

~Langkah ketiga - BINA OTOT
Mengelakan badan menjadi geleber. 
Vitamin yang di cadangkan : ENERGIZING SOY PROTEIN / CINCH

:
:

Ini bermakna, selulit ini terjadi melalui pemakanan kita dan gaya hidup sihat kita sendiri. Bukannya faktor perubahan umur mahupun status.

Bila² masa dan sesiapa pun akan menghadapinya. Lelaki dan wanita tapi wanita adalah risiko paling tinggi menghadapainya.
:
Untuk info lanjut sila hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
ID : 1225800

FREE CONSULTATION!

Atau

Untuk tempahan segera klik "order now"

Luv,
@sumandakkecik