Kulit yang kelihatan cantik memang menjadi idaman semua orang, terutamanya para wanita.
Mestilah mahu nampak cantik dan tidak kusam di hadapan pasangan kita kan? Ada yang rasa rendah diri apabila kulit muka terlalu kering sampai nampak seperti menggelupas, kusam atau berjerawat.
Jangan biarkan masalah kulit ni berterusan. Jika tidak dijaga dari dalam dan dari luar, memang akan jadi lebih teruk.
Sentiasa Memakai Pelindung UV
Saya menyarankan untuk memakai pelindung UV jika kita keluar rumah. Tidak kiralah kita bekerja di bawah panas terik atau di dalam pejabat.
Untuk dapatkan perlindungan UV yang sesuai dengan cuaca di Malaysia ada penting. Sekurang-kurangnya SPF50
Jaga Pemakanan
Kena kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi. Lebihkan makanan yang bernutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk menghilangkan kulit muka yang kusam dan kering. Sebab ia banyak mengandungi vitamin.
Pakai Pelembab Muka Sebelum Tidur
Waktu malamlah kulit kita rehat dan mahu bernafas dengan lebih baik. Pakailah pelembab muka sebelum tidur supaya lembab dan tidak kusam.
Disarakan memakai pelempab yang botanicals dan ada vitamin yang mampu sokong pembaharuan sel kulit dan mampu hasilkan kolagen untuk kulit kamu semasa tidur.
Minum Air Yang Cukup
Sentiasalah minum air yang mencukupi. Di antara panduan minum air yang popular dan berkesan ialah setiap 25 kg berat badan, perlu mengambil 1 liter air. Jika berat badan anda 50 kg, anda harus minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Ambil Suplimen
Jadikan rutin harian untuk mengambil suplimen untuk kulit. Jika kita tengok mereka yang berkulit cantik mesti rahsia mereka adalah mengamalkan suplimen atau makanan tambahan untuk mengekalkan kecantikan wajah mereka.
Antara suplimen penting untuk menghilangkan kulit kering dan kusam ialah seperti Kolagen, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.
.
.
.
So, sini bukan sahaja kita perlu jaga kesihatan kulit daripada kusam dan kering dari luaran sahaja tapi juga dari dalaman.
Semoga bermanfaat!
.
.
.
So, sini bukan sahaja kita perlu jaga kesihatan kulit daripada kusam dan kering dari luaran sahaja tapi juga dari dalaman.
Semoga bermanfaat!
Luv,
@SumandakKecik





No comments:
Post a Comment