Monday, 11 June 2018

INI PUNCA MAKAN BANYAK TAPI SUSAH NAIK BERAT BADAN?

SELAMAT PAGI, hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya supaya orang lain juga mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Saya rendah (alaa, oklah kan standard perempuan) dan bersaiz badan agak kecil. Orang kata, macam saiz budak-budak. Haha!

Agak down juga bila ramai yang menegur bahawa mereka nampak saya berat badan yang kurang sesuai bila kita di umur yang semakin meningkat dewasa ini. Terlalu kurus! Orang kata, kalau sudah kahwin susah dapat anak. Aduhh! serammmm!

Tapi abaikan itu, tidak semua bernasib baik. Ok! kita terus kepada topik kita yang sebenar. Bila cakap pasal berat badan susah naik walaupun sudah makan banyak ni adalah penting untuk kita tahu supaya makan banyak itu tidak semestinya betul-betul dapat naikkan berat badan.

"Alaaa... kurusnya engkau. Tidak makan ?"
"Terlampau dietlah tu. Tulah kurus!"


Selalu asyik bercerita pasal topik macam mana mahu kurangkan berat badan. Jadi, kita cerita pula pasa macam mana mahu naikkan berat badan. Tidak aci lah laku asyik kurangkan berat badan saja kan?

Biasanya orang yang kurang berat badan ni akan fikir metabolisma badan mereka tinggi dan tu sebab susah naik berat badan walaupun sudah makan macam naga! Saya setuju dengan pernyataan tersebut sebab ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma tinggi. Makan sedikit tapi kalori terbakar banyak!

Akan tetapi ada faktor lain mengapa kamu susah naikkan berat badan. Metabolisma tinggi bukan alasan sebenar susah naikkan berat badan. Mesti ada tabiat makan yang kamu amalkan punca berat badan susah naik. Saya senarai punca-punca secara umumnya...

1. SUKA SKIP MAKAN

Percaya atau tidak, inilah punca utamanya. Mereka malas fikir mahu makan apa, mahu makan di mana. Mengunyah pun kalau boleh malas. Haha! Bila malas makan, mulalah skip makan, terutamanya sarapan pagi. Alasannya, tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila waktu kerja pula, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan. Kalau makan kurang maka kalori sehari kurang memang susah naik berat badan.Ini boleh mengundang bahaya seperti sakit gastrik.

So, jangan cuba skip makan. Sibuk mana pun, kena ada standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Tanam rasa cinta pada makanan sedap-sedap dan makan sarapan, tengah hari serta malam setiap hari. Janji jangan skip atau malas makan. Jangan minum air kosong saja sebab tiada kalori. Cuba minum susu atau overnight oat campur susu.

2. MAKAN SEDIKIT

Kata sudah makan tapi bila makan tidak banyak pun. Sudah ambil sarapan katanya tapi sarapannya kopi 3 in 1 sahaj dengan makanan ringan seperti kerepek, aiskrim dan roti krim. Berapa kalori tu? paling-paling pun 20-50 kalori sahaja dan sekejap sahaja sudah terbakar sebab semua gula. Tidak kuasa tengok makan nasi lauk. Memanglah susah naik berat badan. Ada yang tunggu betul-betul lapar dulu baru makan banyak-banyak. Mereka tidak tau yang makan banyak ni tapi berat tak naik-naik sebab mereka sanggup berlapar! Bila makan dekat luar dan order banyak tapi tidak dapat habis sebab cepat kenyang. Perut kita ni kenyal macam getah. Perut kita hanya sebesar 50-200ml sahaja tapi bila makan perut kita boleh mengembang sehingga 2-4 liter untuk muatkan maknan. Bagi mereka sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tidak penuh, selagi itu tak kenyang. Berlainan pula dengan orang kurus, perut mereka tidak biasa makan banyak dan susah mengembang sebab itu jarang perut mereka penuh dengan makanan.

Apa nak buat? Cuba makan sedikit-sedikit tapi kerap. Pecahkan jadi 6 kali sehari tapi makan pada waktunya dan jangan pernah skip. Nak naik berat badan kan? Makan sayur yang sudah di masak. Ulam/salad kurang sesuai sebab cepat penuh dan kenyang. Jangan makan masin atau pedas sebab nanti banyak minum air penyebab cepat kenyang. Nasi pun tidak habis! Kurangkan makan makanan sup sebab minum sup ini punca rasa kenyang cepat dan kalori pun tidak banyak. Makan makanan tinggi kalori tapi jumlah sedikit dan tambah ekstra kalori dalam masakan. Paling penting, sediakan snek di tempat kerja supaya lapar saja kunyah terus.

3. MAKAN TERLALU PERLAHAN

Makan perlahan ni pun punca susah naik berat badan sebab cepat kenyang. Terlalu fokus pada makanan yang mahu di makan penyebab selera makan hilang. Bukanlah nak suruh kamu makan laju sampai tersedak tapi cuba jangan makan terlalu perlahan. Makan macam biasa dan jangan terlalu tengok sangat makanan tu. Pasti! Kamu berjaya habiskan makanan!

Atau kamu makan bersama kawan-kawan. Kan... makan beramai-ramai tu kan best! Sedar tidak sedar kamu berjaya habiskan makanan. Makan sambil tengok drama/movie pun boleh membantu kamu habiskan makanan tanpa sedar.

4. TERLALU BANYAK MINUM AIR KOSONG

Air ni penting untuk kesihatan tapi air tiada kalori. Kalau terlalu banyak minum air kosong penyebab rasa kenyang sepanjang hari. Jadi kena elakkan. Minum bila selepas habis makan dan cuba minum air yang berkalori seperti jus buah (tiada gula), skimmed milk atau air kosong di tabur dengan chia seed.

5. KURANG ZAT DALAM BADAN

Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Makan suplimen vitamin B Complex ni boleh jadi kuat makan. Salah sebenarnya, bukan kuat makan tapi dia kurang zat iaitu bila kurang makan, badan kita akan kekurangan zat. Jadi, bila makan suplimen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar! Jadi itu adalah normal.

Bagi yang ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplimen vitamin B Complex atau kapsul minyak ikan (Omega Guard) dapat menaikkan selera. Mungkin lain orang lain hasilnya tapi apa salahnya mencuba. Saya sendiri sudah mencubanya. Syukur, naik 2 kilo. Misi masih lagi diteruskan  sampai capai target. Yang penting JANGAN MALAS MAKAN.


..
..
..
Sekiranya, anda ingin mengambil suplimen, pastikan dapat nasihat doktor/nutrisi sebelum mengambilnya dan sekiranya anda ingin mendapatkan suplimen shaklee (B Complex/Omega Guard) anda boleh menekan butang "ORDER NOW" atau hubungi nombor yang tertera :
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a3a3e4e9d12e96b38564ff2bd6a91a94

Untuk info lanjut sila hubungi saya :

📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
✉ email: jacqueline_jaumin@yahoo.com
IG : sumandak.kecik

ID : 1225800

Luv,
@sumandak.kecik

No comments:

Post a Comment