Kalori merupakan satu unit yang mengukur tenaga. Kalori kebiasaannya
digunakan untuk mengukur kandungan tenaga dalam makanan dan minuman.
Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu makan makanan yang sedikit
kandungan kalorinya setiap hari. Golongan wanita memerlukan 2000 kalori sehari untuk kekalkan berat
badan dan 1500 kalori untuk menurunkan satu paun setiap minggu.
Manakala, golongan lelaki pula secara puratanya memerlukan 2500 kalori
untuk kekalkan berat badan dan 2000 untuk mengurangkan sebanyak 1 paun
setiap minggu.
Bagi
mereka yang berbadan kurus atau berat badan tidak normal memerlukan
lebih pengambilan kalori daripada kebiasaan ataupun yang disarankan
dalam sehari. Bukan bermaknan makan banyak supaya dapat kalori yang
cukup tetapi makan sedikit-sedikit tetapi kalori yang tinggi.
Hah!
Sini saya nak kongsikan jenis-jenis makanan yang tinggi kalorinya dan
anda boleh amalkan/ambil secara berlebih daripada biasa bagi memudahkan
berat badan anda senang naik sebab orang kurus ni selalunya
metabolismanya tinggi dan cepat kalorinya terbakar. Lagi-lagi makan
makanan yang tiada kalori langsung. Mesti mengambil makanan yang tinggi
kalori tetapi SIHAT!
1. KEKACANG (Protien)
Kacang
badam, walnut, kacang cerdik (pistacio), kacang gajus dan sebagainya.
Kekacang ni lebih kepada protien. Cuba ambil 1.5 gram atau lebih protein
berbanding individu biasa. Contoh
berat anda 45 kg, jadi 67 g protein anda perlukan setiap hari untuk
menambah berat badan.
..
..
2. PRODUK TENUSU
Susu
segar, yogurt, keju dan sebagainya. Minuman ini berkalori tinggi dan
tinggi kalsium. Dua gelas sehari sudah cukup untuk meningkatkan berat
badan anda. Kalau kurang suka minum, anda boleh tambahkan bijiran.
..
..
3. BIJIRAN
Roti
whole grain, biskut bijirin, oat, beras perang dan sebagainya. Makanan
ini selalu kita lihat yang ingin turunkan berat badan makan tetapi gagal
menurunkan berat badan sebab makanan ini tinggi kalori yang sesuai
diambil oleh orang yang berat badannya kurang.
..
..
4.TELUR (Protien)
Telur.
Makanan ini boleh ditambah dalam makanan harian anda sebagai ekstra
kalori. Sebab ia ada mengandungi protien yang tinggi yang baik untuk
tubuh serta mengandungi vitamin A dan B12 untuk kesihatan mata supaya
tidak mudah letih.
..
..
5. MINYAK DAN LEMAK
Minyak
zaitun, minyak ikan omega-3 dan minyak avocado atau buah avocado. Ini
juga boleh ditambah dalam ekstra kalori anda sebab ia juga berkalori
tinggi tetapi tetap sehat. Sehari sekali boleh menambah berat badan anda
menjadi lebih ideal.
..
..
6. MAKANAN TAMBAHAN/SUPLIMEN
Vitamin
B Complex dan Omega Guard (Minyak Ikan Tulen) mampu membantu mencerna
nutrisi yang diambil dengan baik dengan menambah selera makan dan
membekalkan zat makanan tambahan.
..
..
SEMOGA BERMANFAAT!
...
...
...
Luv,
@SumandakKecik






No comments:
Post a Comment