Wednesday, 28 March 2018

4 JENIS AMALAN PERLU DIELAKKAN YANG MENYEBABKAN SELULIT

Selulit bukan hanya datang pada wanita yang sudah melahirkan anak. Tetapi juga boleh datang dalam kalangan remaja. Banyak penyebab yang boleh terjadinya selulit. Salah satunya adalah disebabkan akibat masalah kegemukan atau obesiti. Selulit ini muncul pada bahagian anggota badan kita yang jarang melakukan pergerakan.
..
Berikut adalah amalan yang perlu dikurangi dalam diet harian anda, seperti:

KAFIEN


Banyak wanita yang bersarapan dengan minuman kopi. Minuman ini menang membuat tubuh lebih segar dan bermanfaat untuk kesihatan. Namun minum kopi tinggi kafein dapat mempengaruhi peredaran darah dan metabolisme. Jika anda ingin benar-benar melawan selulit, gantilah kopi dengan minuman lain, seperti teh herbal.
..

GULA


Badan kita hanya memerlukan 80 gram gula dalam sehari. Lebih dari itu, jumlah radikal bebas dalam tubuh wanita akan naik lebih dari setengah. Pengambilan gula berlebihan dalam pemakanan kita ini dapat membuat dinding arteri dan pembuluh darah kehilangan elastik dan membentuk selulit. Maka dengan itu, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda, terutama pada snek manis dan minuman manis.
..

ALKOHOL


Dalam alkohol terkandung zat berbahaya untuk tubuh sebab akan meningkatkan jumlah kalori tubuh dan juga menyebarkan racun di dalam tubuh. Alkohol juga boleh memusnahkan jaringan pada otak, menghapuskan vitamin C dalam tubuh, merosakkan sel kulit dan juga menghalang kalsium yang berguna untuk mengurangi lemak dalam tubuh. Hindari alkohol supaya anda tidak mengalami masalah kulit mengganggu iaitu selulit. 
..

MEROKOK


Salah satu kebiasaan buruk iaitu merokok tidak hanya kesan buruk pada paru-paru, namun ia akan memberikan kesan buruk untuk kulit. Bahaya merokok bagi kesihatan pastinya tidak usah dipersoalkan lagi karena tidak hanya paru-paru, kulit, rambut dan juga bahagian tubuh lain kita boleh mengancam kesihatan. Sel-sel pada kulit akan semakin lemah kerana kapilari tersumbat dan memusnahkan hubungan antara kelenjar sehingga menimbulkan selulit pada permukaan kulit.
..
..
..
 Semoga bermanfaat untuk semua orang yang inginkan kulit nampak lebih sihat dan menawan. Sekiranya anda ingin mengetahui punca lain serta cara mengatasi dan mengurangi masalah selulit, anda boleh merujuk dalam halaman ini Punca dan Cara Mengatasi Selulit. Untuk keterangkan lanjut boleh hubungi saya Sumandak Kecik @ Jacqueline di nombor yang tertera.
..
📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
ID : 1225800




Luv,
@SumandakKecik

No comments:

Post a Comment