Thursday, 22 March 2018

5 JENIS MAKANAN PERLU DIELAK SEMASA DATANG BULAN


Saya sudah membuat perkongsian memgenai cara menghilangkn sakit semasa period atau senguggut. Jika kamu ketinggalan. Boleh layari di sini cara mudah hilangkan sakit period

Hari ini saya mahu buat perkongsian tentang makanan² yang perlu dielak semasa datang bulan. Ini hanya sebahagian mengikut pengalaman saya sendiri.

DAGING BERLEMAK


Makanan ini boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika kamu ingin juga makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.

AISKRIM


Makanan tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika kamu  mahukan ais krim juga, kamu boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

KEROPOK


Elakkan makan keropok atau snek sebab ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung

COKLAT/BISKUT/KEK


Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk. 

Jika kamu inginkan sesuatu yang manis, cuba ambil buah-buahan.

KOPI


Pencinta kopi ni memang sukar untuk meninggalkan minuman berkafein tapi kafein ni merupakan salah satu penyebab senggugut. 

Gantikan keperluan kafein kamu dengan minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

Luv,
@SumandakKecik

7 comments:

  1. Banyak pula pantang kalau dtg period ni. Mau kena jaga pemakanan la ni..😅

    ReplyDelete
  2. Tq info patutla selalu kena segunggut dulu. Makan aisrkrim sama keropok pula

    ReplyDelete
  3. Baru saya tau keropok tidak boleh makan masa haid. Thank you info 👍

    ReplyDelete