Saya sudah membuat perkongsian memgenai cara menghilangkn sakit semasa period atau senguggut. Jika kamu ketinggalan. Boleh layari di sini cara mudah hilangkan sakit period
Hari ini saya mahu buat perkongsian tentang makanan² yang perlu dielak semasa datang bulan. Ini hanya sebahagian mengikut pengalaman saya sendiri.
Makanan ini boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika kamu ingin juga makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
Makanan tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika kamu mahukan ais krim juga, kamu boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.
Elakkan makan keropok atau snek sebab ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung
Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.
Jika kamu inginkan sesuatu yang manis, cuba ambil buah-buahan.
Pencinta kopi ni memang sukar untuk meninggalkan minuman berkafein tapi kafein ni merupakan salah satu penyebab senggugut.
Gantikan keperluan kafein kamu dengan minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.
Luv,
@SumandakKecik






Tips hebat 😍
ReplyDeleteBanyak pula pantang kalau dtg period ni. Mau kena jaga pemakanan la ni..😅
ReplyDeleteTq info patutla selalu kena segunggut dulu. Makan aisrkrim sama keropok pula
ReplyDeleteTips berguna 😊
ReplyDeleteBaru saya tau keropok tidak boleh makan masa haid. Thank you info 👍
ReplyDeleteTq info !
ReplyDeleteBagus ni
ReplyDelete