KENAPA RASA SAKIT BILA DATANG BULAN?
Semasa haid, penguncupan kuat akan berlaku sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.
Penguncupan ini berlaku tekanan pada pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa sakit.
4 CARA BERKESAN HILANGKAN SENGGUGUT
1. MINUM AIR SUAM
Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah.
=====
2. AKTIFKAN DIRI
Kalau asyik berkurung dalam bilik kerana menahan sakit, kita akan cenderung merasa emosi yang negatif. Stres ini mampu memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang.
=====
3. AMBIL HERBA DAN SUPLIMEN
Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan.
Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh.
Selain halia, anda juga boleh meminum teh hijau, air asam jawa, madu, atau jus daun betik.
Antara suplimen yang disyorkan dalam bentuk tablet biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan.
=====
4. JAGA ‘PANTANG’
Untuk hilangkan senggugut, ada beberapa makanan yang mampu menjadikannya lebih baik, dan begitulah juga sebaliknya:
Elakkan – makanan diproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.
Banyakkan – Buah-buahan, sayuran, dan makanan yang berserat tinggi.
====
Untuk info lanjut sila hubungi saya :
📱msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
✉ email: jacqueline_jaumin@yahoo.com
IG : sumandak.kecik
FREE CONSULTATION!
Luv
@SumandakKecik







Tips terbaik 👍 saya suka buat kerja kalau senggugut. Malas layan tu sakit
ReplyDeleteMau amalkan la tips ni. Thanks for sharing!😃
ReplyDeletethanks for info
ReplyDeleteWaaa ! Nice info . Boleh apply suda lepas ini . Thank you
ReplyDeleteTq tips boleh cuba ni.
ReplyDeleteNice tips. Memang ramai ada masalah gni
ReplyDeleteGood info
ReplyDeleteTq tips nya
ReplyDelete