Wednesday, 14 March 2018

CARA JAGA MUKA DENGAN MUDAH!

...
Harini saya teringin mahu kongsikan cara saya menjaga muka sebab kulit macam saya ni kulit sensetif dan jarang orang nampak saya bermakeup. Makeup pun hanya pakai alas bedak dan lipstik sebab kalau dah letak macam-macam dekat muka pandai kerap timbul jerawat dan mudah kulit jadi bermasalah. So, saya kongsikan cara saya menjaga muka saya.
..
Maklumlah kulit muka cerewet. Hahaha!
..
..
Wajah kita ni adalah mencerminkan diri kamu sendiri. Jika wajah kamu kelihatan bersih dan berseri, ia bemaksud kamu dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.
..
Ketiadaan masa pada menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan.
..
..

ELAK GUNA PENCUCI MUKA OIL CONTROL 

Sebab ia akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja dan ia akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak dan kena kerap mencuci muka. Dua kali sehari sudah cukup.
..

JANGAN CAMPUR PRODUK

Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.
..

WAP PANAS

Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih. Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai. Kemudian telunkupkan kepala kamu dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan. Dekatkan periuk yang berasap ke muka kamu dan biarkan wap itu meresap dalam kulit kamu dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
..

TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat. Saya minum tea dari shaklee iaitu CINCH TEA MIX.
 
..

SENAMAN MUKA

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.
..

KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Tapi kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan. Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan kamu dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.
..
..
Semoga cara-cara ini bermanfaat untuk kalian. Selain itu, saya mengamalkan suplimen shaklee sebab ia diuji klinikal dan terbukti dari landmark study. Kalau hadam betul-betul memang THE BEST suplimen. Tambahan itu, saya tidak suka menggunaka skincare yang terlampau banyak dan merimaskan di meja solek saya. Sehhh! Jadi saya memilih YOUTH Shaklee yang mudah dan ringkas! Cantik tersusun di meja solek saya. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang YOUTH shaklee boleh rujuk di sini CANTIK DENGAN YOUTH SHAKLEE.
..
..
Untuk info lanjut sila hubungi saya :
http://JacQuelineJaumin.wasap.my

πŸ“±msg/whatsapp: 0143719339
✍ pm fb: JacQueline Jaumin
✉ email: jacqueline_jaumin@yahoo.com
IG : sumandak.kecik
ID : 1225800

Untuk tempahan segera CINCH TEA MIX SHAKLEE, tekan ORDER NOW

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f5158cfe23424416852945f11bd797d8
 
FREE CONSULTATION!

Luv,
@SumandakKecik

8 comments:

  1. Tq tipsnya jacq! Saya mau amalkan ni sekarang 😍

    ReplyDelete
  2. Mau try tu senaman muka.😁 Thank you for sharing😊

    ReplyDelete
  3. Tu senaman muka mau hari2 buat tu

    ReplyDelete
  4. Mau kasi kurang sentuh muka lah lepas ini. Apa pun tips jac yang sangat membantu 😍

    ReplyDelete
  5. wahh tips sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  6. Wahhh tq tips nya ..mau apply ni

    ReplyDelete