Wednesday, 31 January 2018

Tips untuk elak rambut gugur dan bagaimana dapatkan rambut yang sihat, lebat dan bersinar !


Salam semuanya ! Kamu ada masalah keguguran rambut ? Rambut bercabang ? Kering ? Rosak ?
...
Ok, hari ini saya mahu kongsikan tips macam mana mahu elakkan rambut daripada gugur dan macam mana mahu dapatkan rambut yang sihat, lebat dan bersinar.
 ...
Supaya tidak perlu lagi rawatan di salon yang mahal-mahal. Sebenarnya, kita boleh dapatkan rambut yang cantik dan dapat elak rambut daripada gugur yang teruk kalau kena cara yang betul tapi yang penting produk penjagaan rambut seperti syampu dan kondisioner itu perlu cari dan guna yang bebas daripada bahan kimia yang bahaya tu. 
...
Sebab bahan kimia tu pun boleh jadi punca daripada masalah rambutyang kita alami !
Jadi, semoga bermanfaat tips yang mudah dan ringkas ini (^^)
 ...
 ...
Cuci rambut menggunakan syampu yang berkualiti
Ramai yang menganggap bahawa mencuci rambut terlalu kerap boleh menyebabkan rambut menjadi kering, hilang minyak semulajadi yang terkandung pada rambut dan merosakkan rambut. 

Syampu rambut anda selang sehari ! 

Gunakan syampu yang tidak mengandungi sulfates atau parabens. Sulfates adalah bahan kimia yang menjadikan syampu banyak buih. Parabens ini adalah pengawet yang boleh menyebabkan iritasi kepada mata sekiranya terlalu kerap digunakan. 

Pilih syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut seperti : 

Rambut kerinting atau kasar – syampu rambut yang boleh mengurangkan rambut mengerbang dan melembutkan
Rambut lurus atau berminyak – syampu rambut lembut yang sesuai digunakan untuk cucian setiap hari. 
Rambut yang diwarnakan – syampu rambut yang kaya dengan ekstrak asid amino. 
Rambut kering – syampu yang mengandungi glycerin dan kolagen untuk memulihkan semula dan melembapkan rambut.
...
...
Gunakan pelembap (kondisioner)
Ikut jenis rambut, kepanjangan dan kerosakan akibat rawatan (pewarnaan). Menggunakan pelembap (kondisioner) selepas menyampu rambut ini adalah wajib !
...
...
Jangan menyikat rambut terlalu kerap
Menyikat rambut boleh membuatkan rambut tertarik daripada folikelnya dan menyebabkan rambut bercabang. Jika disikat 100 kali dalam sehari boleh menggalakkan pertumbuhan rambut anda terbantut !

Jadi, kalau tidak ke mana-mana, selepas mandi biarkan rambut tidak sikat dan uraikan rambut hanya menggunakan jari jemari mu sahaja...
...
...
Biarkan rambut kering secara semulajadi
Selepas mencuci rambut, jangan gosok rambut sebab boleh melemahkan folikel rambut dan menyebabkan rambut anda kasar dan kusam. Urai atau sikat secara lembut untuk meleraikan rambut yang kusut dan biarkan rambut sehingga kering. 

Elakkan guna pengering rambut !
...
...
Trim / potong hujung rambut lebih kerap
 Sekurang-kurangnya 6 – 8 minggu sekali supaya boleh mengurangkan masalah rambut bercabang dan ia boleh dilakukan sendiri sekiranya rambut anda panjang.
...
...

Gayakan rambut anda secara semulajadi 
 Bagi mengurangkan kerosakan rambut akibat penggayaan elakkan daripada mengerinting, meluruskan, ‘bleaching’ atau kerap mewarnakan rambut.


Elak menggunakan getah pengikat rambut kerana boleh menyebabkan rambut putus atau tertarik daripada folikel dan elakkan penggayaan rambut yang memberi tekanan kepada akar rambut. Biarkan saja rambut dilepaskan atau cukup sekadar memakai headband.
...
...
Amalkan pemakanan sihat : nutrisi yang cukup untuk rambut
 Rambut ini daripada protein, jadi pastikan anda mengambil makanan seimbang yang mengandungi protein tinggi, bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran.


Seperti mendapat vitamin C yang cukup untuk menguatkan rambut, zat besi untuk membantu pengaliran oksigen didalam darah, zink untuk membina dan memperbaiki tisu dan asid lemak omega-3 untuk menggalakkan pertumbuhan rambut sihat.
...
...
Elak stress / tekanan
 Tekanan fizikal atau mental boleh mengganggu kesihatan rambut dan menyebabkan rambut mengalami keguguran rambut yang teruk !
...
...

So, tips ini boleh diamalkan dengan mudah. Yang penting pemilihan produk penjagaan rambut tiada mengandungi bahan kimia merbahaya dan pengambilan serta penjagaan makanan untuk kesihatan rambut dari dalam.

Semoga bermanfaat !

Coretan tips dari,
Sumandak Kecik

16 comments:

  1. Wow banyak new info yang saya dapat belajar . Tq 😍

    ReplyDelete
  2. Info yg sangat berguna. 😍

    ReplyDelete
  3. Oo gitu pula pilih syampu hihi.. Mau jaga ni rambut ni

    ReplyDelete
  4. info berguna😍 thanks

    ReplyDelete
  5. waa tips yang sangat berguna.. kalau shaklee ad produk syampu sy mau beli ow, memang berkualiti kan produk2 dia, hehee

    ReplyDelete
  6. Stress pun bkin butak juga bah kan

    ReplyDelete
  7. Patutlah banyak gugur rambut saya. Maybe sebab stress kerja kali ar. Syukur ada tpis penjagaan rambut suda. Thank you tips , sangat berguna untuk saya πŸ‘

    ReplyDelete