Saturday, 20 January 2018

Jangan cakap di mulut saja "SAYA MAHU BERJAYA"


Masih ingat lagi, bila buka sekolah. Cikgu kamu tanya apa azam baru. 

Hampir semua jawab ;
"Mahu berjaya dalam hidup!"

Kan? 😂

Tapi adakah kamu bertindak dari sekarang? Dan adakag kamu fikir apa sebab kamu mau berjaya?

Bila berjaya tu kena set target. Kalau mau lulus SPM. Hah! Set target dan usaha!

Jangan lugai² saja...
.
.
Macam jugalah dalam kerjaya kamu atau part time job ka. Set BIG WHY supaya boleh fokus, fokus dan fokus terus mau berjaya capai BIG WHY.

So, sini saya mau kongsi BIG WHY saya yang utama ~ IBU BAPA

Saya ada benda banyak mahu buat sama mereka. Balas balik apa mereka sudah beri dan korbankan untuk saya sampai saya berkerjaya sekarang.

Saya rela buat 2 kerja. Kerja hakiki dan side income dengan shaklee.

Saya rela tolong mereka biarpun jauh dari mereka. Sanggup ulang alik 💪

Saya buat ni ada sebab. Saya buat sampai saya berjaya capai. Ya! Ini kejayaa saya untuk jangka masa panjang.

Saya kena usaha terus menerus !
.
.
Bayangkan...

🍀 Bila ibubapa kamu perlukan duit untuk meneruskan sisa² kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tidak juga kamu sanggup "Saya pun tidak cukup makan." Kan...?

🍀 Bila ibubapa kamu sakit, siapa yang akan uruskan bil² klinik, hospital dan kos perubatan mereka? 

Sanggup kamu hanya pejamkan mata dan pekakkan telinga? 

Mereka pun tidak pernah me-minta² dari kamu sebab mereka pun memahami keadaan kamu tapi kamu faham kah keadaan mereka?

🍀 Bila ibubapa kamu bersedih kesunyian, tiada anak² dia datang menjenguk.

Siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan kamu asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". 

Kesunyian ibubapa kamu tu dapat kamu rasa ka? Sanggup kamu cakap ;
"Saya bukan tidak mau balik tapi tidak dapat cuti."

🍀 Bila ibubapa kamu sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah kamu uruskan?

Ibubapa kamu tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kamu.

Mereka sudah lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. 

Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kamu dapat kamu lakukan apa yang seharusnya kamu lakukan demi SEORANG ibu/ayah?

Betulah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Jangan pernah cakap;
"Saya sibuk, biarlah adik-beradik saya yang lain uruskan."

🍀 Bila ibubapa kamu meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah kamu berikan tanpa sebarang alasan?

Apapun kamu lakukan untuk ibubapa kamu, kamu masih belum mampu membalas jasa mereka sebab setitik air susu ibu dan setitik keringat ayah apakah nilainya pada kamu?
.
.
Lupa sudah kamu macam mana ibubapa kamu membesarkan kamu? 

Sedarlah kamu, berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup.

Sedarlah berapa hari lagi kamu dapat melihat dan bersama ibubapa kamu sebab pengorbanan mereka sangat²lah besar untuk kamu.

Buktikan ! Beribu orang tengok kamu gagal tapi ada 2 orang insan yang betul mau tengok kamu berjaya ~ Ibubapa

Bagi tunjuk kejayaan dan buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
.
.
Inilah sebab² saya mahu berjaya. Selagi saya mampu selagi itulah saya buat untuk IBUBAPA saya.

Masa
Tenaga
Wang
Kesihatan
Kebahagian

5 utama nilah sebab saya mau berjaya untuk ibubapa. Maka, masing²lah kita menilai diri sendiri 😊😊


Coretan,
Sumandak Kecik @ JacQueline

No comments:

Post a Comment